Tuesday, December 13, 2011

TAK ADA TAJUK :)


Asslaamualaikum , holla everyone .
Tiba-tiba hari ni rindu nak update blog . Tiba-tiba rajin mengupdate blog bila dapat kata-kata semanagt daripada Khairun and Syifa . Sudah lama tidak mengupdate blog sebab sekarang wan hanya aktif pada facebook dan tumblr .

Tapitapi , minggu ini berazam tak nak online langsung seb

ab nak study , masuk makatb balik 26.12 . See , algi berapa hari je . Hari khamis pergi Setiawan sebab ada kenduri . Tidur sana dan pergi ke Sekolah Menengah Sains Teluk Intan pda hari sabtu hingga selasa sebab ada KEM EASY ADDMATH di mana pengajarnya akan mengajar addmath dengan mudah . Kalau addmatah aku tak dapat A+ tahun depan aku saman , haha .

Balik kem 20.12 . Jadi , ada enam hari lagi nak siap-siap untuk ke maktab . Homework belum siap , study chapter form5 belum lagi . Huah , wan telah mensia-siakan masa sebelum ni. Menyesal plak -,-

Tahun ni , tak pergi bercuti mana-mana . Tak cukup bajet paham ? Pindah rumah baru , semua nak baru , amek nak sangat baru , holiday pun tak da :( . Besides , makayah pun sibuk dengan kenduri saudara-mara .


TAPI,TAPIKAN

Tahun depan SUMPAH BEST . Lepas habis SPM , merata-rata boleh merayap dengan abang tercinta . Satu negeri merantau , holiday tahun depan , sangat best and i'm waiting, bhaha . SPM pun tak lepas fikir pasal holiday lepas SPM -,-

Okayh malam sudah tua , tak muda dah . Jadi , nak tidur . Untuk followers , wish me straight A's for SPM :)
Saat-saat di maktab . I miss you kawan . Raihan , Elle , Miko , Domo, Ara , Syifa , Ateyn . Korangkorang sangat baik :D


Friday, June 3, 2011

wawa , wywa . haha


Saturday, May 28, 2011

RAPUH

Assalamualaikum . RAPUH , perkataan yang sesuai untuk emosi aku buat sekarang . Sepanjang minggu ni memang aku sangat tension . Tension dengan exam final semester 1 dan tension dengan sikap manusia yang suka menyakitkan hati wanita .

Yeah , ak bercakap pasal lelaki . Cerita dia bermula apabila ada seorang lelaki atau J mintak nombor aku , menambah kawan katanya. Disebabkan perkataan kawan , aku benarkan kawan aku bagi nombor aku dekat dia. Kami pun mainlah message , aku akui aku memang gembira main message dengan dia . dia buatkan hari-hari aku ceria , dan tiba-tiba perasaan suka timbul . Dan tak tau la macam mana kecoh 1 batch dekat maktab kitoang message . Mulalah mengejek , menganjing semua tu . Mula-mula aku tak kisah sangat , tapi bila aku dengar mcam-macam orang kata pasal dia , aku mula tak suka .

Start from that day , aku tanamkan hasrat dekat hati aku untuk benci dia . Tapi , aku selalu mengadu dekat Farhana one of my best friends yang aku tak boleh lupakan dia walaupun banayk perkara buruk orang menagat dia . Ak tak tau kenapa . Aku cuba sedaya upaya untuk lupakan dia tapi tak boleh , mungkin sebab banyak sangat kenangan manis yang dia bagi dekat aku . Yeah , terlalu banyak kenangan yang dia bagi dalam masa hanya 3 minggu perkenalan kami . Tak perlu aku ceritakan , kerana aku tak mahu airmata aku berderai lagi (:

Banyak cara untuk aku lupakan dia , tapi macam mana aku nak lupakan dia , kalau kitoang asyik jumpa . yelah , we are inthe same form . So , our floor untuk class pun sama . Kalau nak pergi rehat or balik mesti jumpa . Besides , aku rapat dengan kawan-kawan dia . kawan-kwan dia selalu ada dengan dia and selalu cakap dengan dia . Aku selalu tersempak dengan budak perempuan yang dia message jugak . Kalau nampak perempuan tu , mesti ingat dia . Arghh , tension2 .

Macam-macam cara aku buat nak lupakan dia . Kalau jumpa dia , aku akan cakap 'benci,anti' . Dekat dekstop laptop aku , aku letak perkataan 'Cintaku Hanya Untuk ALLAH' but aku masih ingat dia even dia dah banyak tipu aku . Oke , aku harap dengan rosaknya handphone aku , aku boleh avoid daaripada message dengan dia . Aku harap dalam masa 2 minggu bercuti ini , aku boleh lupakan dia (:

Friday, May 27, 2011

CINTA DENGAN HATI

HATI. Ya, faham dengan hati. Kenapa bukan faham dengan otak? Sebab setiap dari kita ada kepandaian yang berbeza. Zalimlah Allah, kalau otak yang digunakan untuk memahami. Mungkin ada di antara kita yang lambat faham disebabkan kurang tahap kepandaian. Tapi Allah anugerahkan kita sekeping hati, yang khasnya untuk diisi dengan cintaNya, supaya kita lebih dekat denganNya, supaya digunakan hati ini untuk memahami ayat-ayatnya juga memahami agamaNya.


“ ...Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya... “ (Al Ahzab, 33:4)


“Siapa yang Allah kehendaki kebaikan yang besar baginya di akhirat, maka dia akan diberi faham tentang agama“

Telah bersabda Nabi S.A.W: Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluuh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI.
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Buka mata hati untuk kenal islam. Sebab hati itu boleh buta sekiranya tidak dipelihara. Kayu ukurnya ialah ketika kita membuat dosa yang beterusan dan diri sendiri tidak menyedarinya ia adalah dosa. Di saat diri sudah tidak boleh memilih yang mana benar dan yang mana salah, mohonlah petunjuk supaya hati itu dihidupkan kembali.

“ Sesungguhnya seorang mukmin apabila ia melakukan dosa maka terjadilah satu bintik hitam di hatinya. Jika dia bertaubat dan berusaha membuangnya (bintik hitam tersebut) maka akan selamatlah hatinya. Kalau dosanya bertambah maka hatinya akan semakin terkunci “

Dari Umar Al Khattab, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :"Cap penutup hati tergantung di kaki arasy. Bila seseorang melanggar larangan Allah (menghalalkan yang diharamkan oleh Allah) maka Allah akan menutup hati mereka dengan cap penutup hati tersebut."

Bersihkan hati, bersihkan diri, dan kembali pada Dia yang Maha Memiliki. Sekiranya hati itu benar-benar mengenal Allah, benar-benar menjadi hambaNya, benar-benar takut padaNya, maka ia tidak akan pernah berani untuk melakukan dosa.
Semoga hati kita sama-sama dibersihkan sebersih-bersihnya supaya hati ini dapat memandu ke jalan yang sebenarnya.


Akhir kata, untuk faham islam harus guna HATI. Untuk guna HATI harus bersihkan HATI, Untuk bersihkan HATI harus tinggalkan Jahiliah dalam diri. Insya’Allah!


Selamat bermujahadah buat semua~ ^^